Selamat datang ke Rangkaian Khidmat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam usaha untuk mempercepatkan perkembangan PKS di Malaysia, SME Bank bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan dan juga rangkaian rakan kongsi strategik. Oleh kerana pelbagai kemahiran diperlukan untuk menyokong pembangunan PKS yang semakin meningkat, maka kami ingin mengenal pasti serta memadankan keperluan perkhidmatan pelanggan PKS dengan pembekal perkhidmatan tempatan dan antarabangsa. Jika anda adalah salah seorang profesional atau pembekal perkhidmatan seperti yang tersenarai di bawah, kami mempelawa anda untuk mendaftar dengan segera.
Dua cara mudah untuk anda menyertainya. Pertama, sebagai pembekal perkhidmatan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan kedua, sebagai pelanggan berpotensi SME Bank.
Objektif kami di SME Bank adalah untuk memberi laluan kepada PKS mendapatkan sumber khidmat nasihat dan kemahiran pembangunan perniagaan semasa memohon bantuan kewangan. Sebagai pembekal perkhidmatan yang berdaftar dengan SME Bank, anda boleh membantu kami membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana melalui kepakaran dan kemahiran anda. Jika anda adalah professional yang bertauliah dan berminat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan sedia ada, anda mungkin layak untuk mendapatkan produk kami, SME Professional yang telah dibangunkan untuk PKS di dalam industri perkhidmatan.
Terima kasih di atas pendaftaran anda di Rangkaian Khidmat SME Bank. Maklumat anda akan disimpan di rangkaian perkhidmatan kami untuk dipadankan dengan keperluan pembangunan perniagaan bagi pelanggan sedia ada dan masa hadapan. Walaubagaimanapun, perlantikan pihak ketiga atau pembekal perkhidmatan tertakluk kepada polisi, syarat-syarat dan terma Bank. Untuk memudahkan anda mengemaskini maklumat sedia ada anda di Rangkaian Khidmat PKS, anda dinasihati untuk memasukkan nombor pendaftaran syarikat dan / atau kata laluan anda semasa pendaftaran.
Dato’ Azmi Abdullah
Pengarah Urusan SME Bank |
|
| Pendaftaran Baru Pembekal Perkhidmatan |
| Jika anda ingin mendaftar di SME Bank sebagai pembekal perkhidmatan, sila klik disini |
|
| |
| Pembekal Perkhidmatan Berdaftar |
| Bagi pembekal perkhidmatan berdaftar di SME Bank, sila masukkan Nombor Pendaftaran Perniagaan and Kata Laluan anda |
| |
|
|
|
|